Wednesday, November 8, 2017

Konsert Kemilau Anak Seni II

Tarikh : 1 Oktober 2017
Tempat : Dewan Libaran, Sandakan
Seramai 111 pelajar Sekolah Seni Malaysia Sabah telah menjayakan Konsert Kemilau Anak Seni 2/2017  di Dewan Sri Libaran pada 1 Oktober 2017. Konsert berkenaan telah mendapat sambutan memberangsangkan dari semua tetamu mahupun masyarakat yang berhampiran.
Hadir sama menyaksikan dan merasmikan konsert itu, adalah ahli dewan undangan negeri Gum-Gum YB Datuk Zakaria Haji Mohd. Edris dan Pengarah JPN YBhg. Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul. Konsert itu juga turut menerima undangan dari Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan,  wakil Pejabat Pendidikan Daerah, wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, wakil dari jabatan, agensi luar,  warga pendidik dan staf SMK Elopura.
Konsert yang bertemakan era 60-an dan bertajuk Aku, Dia & Sepotong Irama Cinta telah menunjukkan bahawa semua pelajar Sekolah Seni Malaysia Sabah mempunyai bakat dan mampu menjayakan konsert untuk kali keduanya. Konsert ini telah membawa lakonan dan medley lagu-lagu Allayarham P. Ramlee dan persembahan kebudayaan yang lain.

Antara objektif Konsert Kemilau Anak Seni  :
Mempraktikkan bakat anak anak seni dalam bentuk persembahan pentas.
  • Melatih dan mendidik para pelajar agar lebih berkeyakinan dalam bidang kesenian.
  • Dapat mengasah bakat dan kreativiti para pelajar.
  • Meningkatkan minat para pelajar dalam bidang kesenian dalam usaha memperkaya kreativiti dan inovasi.
  • Membina keyakinan diri mengikut daya intelektual yang tinggi.
  • Menjalinkan hubungan antara pelatih, jurulatih, pelajar, ibu bapa serta komuniti setempat.
  • Perkongsian ilmu yang bermanfaat dan membentuk sasiah pelajar Sekolah Seni Malaysia (SSeM).

0 comments:

Post a Comment